Wednesday 7 September 2011

postheadericon CERPEN : Hiba Dipagi Shawal ...by...Hasry Kechik

Mereka beramai, mereka berseorangan. Tapi mengapa mereka yang ramai itu sering bertelagah dan orang yang berseorangan itu dianggap tidak siuman apabila bermonolog berseorangan? Mengapa pula jika kita berkawan ada kawan yang jujur dan mengapa perlu ada kawan yang makan kawan?
    “Aiman?, lain orang lain perangai, jangan ikut perangai orang. Orang yang bertelagah tu orang yang tidak menghormati antara satu sama lain dan orang yang keseorangan itu sekadar mencari ketenangan. Aiman mengapa tanya begitu?”

“Soalan itu bermain difikiran Aiman Ibu, Ibu? Macam mana nak cari kawan yang sejati? “ dahi Aiman berkerut.
    “Aiman perlu jaga hati kawan. Nescaya mereka akan baik kepada Aiman. Aiman perlu selalu berbuat baik dengan kawan-kawan. Supaya Aiman dihargai kawan”
“Baiklah Ibu” jawab Aiman.

    Aiman tidak begitu memahami akan apa yang dikatakan oleh ibunya. Tapi Aiman cuba untuk memahami setiap ayat yang dilafazkan oleh Ibunya. Aiman hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan akan menduduki UPSR pada tahun ini. Aiman juga anak sulung dari 2 orang adik beradiknya. Murni adik kepada Aiman yang sedang berumur 5 tahun.
      Kicauan burung, bunyi-bunyi bumbung yang semakin rapuh dan kawasan rumah yang seakan tiada penghuni tinggalah Aiman, Murni dan Ibu
Ibu terpaksa menyara kedua adik-beradik ini kerana suaminya Pak Mail sudah meninggal dunia dua tahun yang lepas akibat serangan lemah jantung sewaktu di ladang kelapa sawit di pinggir kampungnya untuk dijual kepada Ah Seng.

   Semenjak itu Salmah terpaksa bekerja dan menyara kedua anaknya yang masih lagi di bangku sekolah. Walau bagaimanapun Salmah masih lagi mampu untuk menjaga dan memberikan  kebahagiaan kepada Aiman dan Murni.

     “Ibu? Ibu tak terfikirkah untuk cari penganti ayah untuk Murni? Murni sakit hati melihat rakan-rakan yang selalu dijemput pulang oleh ayah mereka. Murni un nak macam itu. Urm..”
      Salmah yang ketika itu sedang melipat pakaian yang baru sahaja diangkat daripada jemuran berkata “ Murni? Ayah baru sahaja meninggal kan. Kenapa suruh Ibu cari penganti Ayah?
     “Sudah dua tahun Ibu? Bukan baru semalam!”

“Jadi kamu mahu marah Ibu lah ye Murni?” jawab Salmah dengan perasaan hampa
“Murni mahu seperti orang lain. Yang punya keluarga untuk bergembira dan hidup bahagia”
“Murni tak bahagia kah bersama Ibu dan abang Aiman?

  Murni terus berlari menaiki anak tangga yang usang dan terus memasuki kamarnya yang terletak di sebelah kamar Aiman. Salmah sedih dengan kelakuan anaknya dan dia tahu yang anaknya itu mahukan kebahagiaan yang sempurna. Akan tetapi, Salmah masih lagi tidak boleh untuk melupakan arwah suaminya. Wajahnya dan bayang-bayangnya masih lagi bermain diingatan di setiap pelusuk penglihatannya. “Ibu? Aiman sudah pulang Ibu?”
   Aiman bawa berita gembira untuk Ibu. Aiman lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR. InsyaAllah kalau Aiman lulus dengan cemerlang dalam UPSR Aiman dapat memasuki asrama penuh.”
“Benarkah Aiman? Alhamdulillah. Apa yang Ibu doakan akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah. Bagus anak Ibu ini”

    “tapi Ibu, kalau Aiman masuk asrama penuh siapa mahu jaga Ibu dan Murni. Aiman tak mahu berjauhan dengan Ibu. Tanggungjawab Aiman sebagai anak lelaki yang perlu memikul tanggungjawab di rumah ini.”
  “Wah Aiman. Sudah besar ruapanya anak Ibu ini ya. Aiman, pergi sahajalah teruskan pelajaran kamu itu di sana. Usah dirisaukan tentang keadaan Ibu dan Murni di sini ya. Ibu akan menjaga adik kamu dengan sebaik yang mungkin. Selagi tulang empat kerat Ibu ini mampu membesarkan kamu dan Murni.”
    “Aiman perlu fikirkan tentang perkara ini. Aiman tidak mahu menyesal di kemudian hari”
   “Ibu faham apa yang Aiman katakan. Sudahlah, pergi mandi dan solat Asar. Lepas tu pergi makan. Ibu ada masakkan sambal ikan bilis dan sayur kangkung.”

    Aiman terus berlari-lari anak dan meletakan beg yang sudah digunanya selama empat tahun lamanya. Beg  yang sudah terkoyak dan mempunyai banyak kesan jahitan oleh Salmah. Pemberian Pak Mail kepada Aiman itu dijaga dan dibawa ke mana sahaja oleh Aiman.
    Hari berlalu dan terus berlalu. Tahun demi tahun. Danau nan indah menjadi gelap dan terang. Tanah yang lapang sudah ada pembangunan. Kampung nan permai sudah dipecahkan dengan suara Pemuda-pemudi kampung dan Kanak-kanak.

Sudah tibanya masa bulan Ramadhan bagi setiap umat Islam di dunia. Keluarga Aiman pun sedia menjalani ibadah puasa.

  “Aiman? Umur kamu sudah 18 tahun. Lagipun kamu selesa duduk di asrama penuh tu. Ibu gembira melihat anak Ibu ini semakin dewasa, semakin matang dan pandai untuk menilai kebaikan dan keburukan. Aiman sudah besar. Aimanlah harapan keluarga ini”

 Salmah bercakap sambil membuat kuih Ros untuk santapan Hari Raya nanti
“ Ye Ibu, Aiman faham dan dengar segala nasihat Ibu. Aiman nak jadi anak berguna pada keluarga, pada masyarakat dan pada negara. Aiman nak tolong Ibu dan adik”
  “Bagus anak Ibu ini” jawab Salmah dengan senyuman yang kecil.
      “Ibu? Bilakah Aiman dan Murni akan dapat baju raya baru?”
“Sabarnya Aiman, emak ambil upah membuat kuih, membasuh pakaian dan mengemas rumah penduduk bandar. Masih belum mendapat bayaranya.

   Kalau ada pun masih tidak cukup untuk membeli pakaian baru untuk kamu berdua. Aiman bila masuk ke asrama penuh semula?”. Salmah terus menukar tajuk.
   “Aiman dan rakan-rakan yang lain diberi cuti sampai raya kedua Ibu memandangkan asrama kami digunakan untuk Temasya Olahraga pada raya pertama nanti. Selamatlah aiman tak dipilih. Kslau dipilih Aiman tak dapat beraya bersama Ibu dan Murni”
   “Bagus lah kalau macam tu. Nanti Aiman boleh bantu Ibu di rumah ini ya”
“Baiklah Ibu”

 Suasana di dalam Bulan Ramadhan sungguh meriah meriah sekali. Pada waktu malam di Surau menjadi tumpuan utama orang-orang kampung untuk menunaikan solat terawih bagi mendapatkan ganjaran pahala di dalam bulan Ramadhan. Kedengaran juga lagu-lagu raya yang dipasang ria oleh pemuda-pemudi kampung yang tidak sabar untuk menyambut Hari Raya pada tahun arnab ini.
   “Ibu?” Tiba-tiba Murni bersuara tatkala Salmah sedang berkhayal berseorangan di luar jendela.
“Murni buat Ibu terkejut saja tau”.

    “Maafkan Murni Ibu. Ibu? Lagi seminggu sahaja nak raya tapi kita tak buat persiapan lagi. Baju pun Ibu tak belikan lagi”
Tiba-tiba Aiman menyempuk “Murni? Apa nie!! Sabar lah nanti kamu akan dapat juga pakaian baru. Jangan nak merungut boleh tak?”
  “ alah abang, Murni tanya ja. Takkan tak boleh kot” Murni terus berlari keluar ke rumah menuju ke rumah jiranya. Anak jirannya itu Tinah. Tinah sebaya dengan Murni sejak kecil lagi.
  “Aiman? Ibu sedang memmikirkan bagaimana untuk mencari wang dan memenuhi permintaan adik kamu tu. Wang yang ada tidak cukup untuk membeli pakaian baru. Lagipun harga pakaian sekarang sudah mahal.”
   Aiman hanya mampu melihat raut wajah sedih Ibunya sahaja dan terus menghulurkan tangan yang mengandungi sejumlah wang. “Ibu? ini ada sedikit wang untuk persiapan raya kita. Aiman bantu sedaya yang boleh. Ambilah Ibu."


   “Mana Aiman dapat wang sebanyak ni? Aiman mencuri ke? Aiman kenapa buat begitu, mengapa memalukan keluarga kita? Ibu tidak suka Aiman berperangai sebegitu”
     “tidak Ibu, Aiman tidak pernah melakukan perkara itu Ibu, Aiman tahu Aiman orang miskin tapi Aiman tidak sampai hati untuk memcuri dan memalukan nama baik keluarga kita. Aiman bekerja sementara di bandar. Tu lah Ibu jarang melihat Aiman di rumah pada waktu cuti ini. Aiman ingin membantu Ibu. kan dulu Aiman pernah berjanji untuk mrmbantu Ibu. lagipun Aiman anak lelaki takkan nak duduk kat rumah je kan”
   “Terima kasih Aiman, Ibu bertuah dapat anak sebaik Aiman. Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan Ibu zuriat yang baik-baik”
“sama-sama Ibu,”

     Tanggungjawab mengajar kita erti kehidupan dan tanggungjawab juga menjadikan kita lebih matang untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Manusia tidak lepas dengan tanggungjawabnya di atas muka bumi ini dan begitu juga di akhirat kelak.

        Sejak kebelakangan ini Ibu selalu demam dan  batuk-batuk. Esok sudah tiba masanya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010. Semua persediaan sudah diuruskan. Tidak semewah orang kaya di Bandar, hanya ala kadar sahaja yang mampu Salmah berikan kepada kedua anak kesayangannya itu.
     “Ibu? Ibu tidak sihat ke? Semalam Murni lihat Ibu muntah darah, kenapa Ibu? kalau beegitu kita pergi klinik ya Ibu”. dengan raut wajah yang risau.

“Ibu tidak apa-apa, Cuma batuk-batuk biasa sahaja. Murni jangan risau ya”
   “Benarkah Ibu? nanti Murni pangilkan abang Aiman ya”
“Usah lah Murni. Kan Ibu sudah cakap yang Ibu dalam keadaan sihat sahaja. Nanti Ibu makan ubat
ya”

     Murni  terus termenung dan memikirkan kesihatan Ibunya. Dia amat risau jikalau sesuatu berlaku kepada Ibunya nanti. Murni terus mengalirkan airmata dan memandang ke arah daun tingkap dan berkhayal.
  “Murni..? Murni…? Jom lah kita main bunga api. Esok kan raya”
   Murni terkejut dan berjalan menuju keluar tingkap yang boleh kelihatan ruangan pintu depan rumah yang usang itu. Kelihatan Tinah yang sedang bermain bunga api dan matanya tepat melihat Murni.
 Lalu Murni terus berjalan dan menuruni anak tangga rumah dengan perlahan kerana binaan rumah dengan kayu itu tidak lagi bertahan lama. Murni terus mendapatkan rakan baiknya itu dan terus bermain bunga api bersama-sama.  Jam sudah menunjukan 5.30 pagi, Salmah bangun untuk membuat persediaan menyambut Aidilfitri nanti. Salmah berasa tidak sihat  dan kepalanya agak pening. Namun Salmah tetap meneruskan pekerjaannya.  Menu di pagi raya nanti hanya telur masak sambal, ketupat dan sayur tumis.

Sedang Salmah memotong bawang untuk memasak sambal telur, dia rebah ke lantai dan terus pengsan. Anaknya, Aiman dan Murni sedang menikmati tidurnya kerana malam tadi mereka anak beranak tidur lewat pagi kerana sibuk mengemas rumah untuk persiapan Aidilfitri.

"Abang? abang Aiman ??? Ibu abang....!!!"
Aiman terkejut dan terus menuju ke arah dapur kerana teriakkan adiknya itu dari arah dapur. 
"Kenapa ni Murni?? Ya Allah..Ibu..??? bangun ibu..bangun..jangan buat kami begini iibu...ibu.....???

Aiman dan Murni mengalirkan airmata kesedihan kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya. Aiman cuba untuk menyedarkan ibunya. Namun cubaannya gagal. Aiman dan Murni tidak tahu untuk berbuat apa .  Aiman hanya buntu dan terus menangis, manakala Murni memgang erat tangan Ibunya dan menangis di pangkuan Ibunya yang terbaring di lantai itu.  Aiman cuba untuk memeriksa nadi ibunya. Alangkah terkejutnya Aiman apabila mengetahui nadi ibunya tidak lagi berdenyut sama sekali. 

Airmata Aiman terus mengalir tanpa henti. Anak muda ini masih lagi buntu untuk berbuat apa. 
"Murni?/ ibu tak bernafas lagi ni. Apa yang dah berlaku ni...Ibu ??? Ya Allah, tolonglah hambamu ini Ya Allah. Kau sedarkanlah Ibu ku dengan segera Ya Allah, aku memohon pada-Mu" . Aiman berdoa sambil menangis memandang Ibunya. Jirannya mendengar tangisan Aiman dan Murni. Ketika itu jam menunjukkan tepat jam 7.40 pagi.

"Aiman? kenapa dengan Ibu kamu ini nak ?? tanya Pak kassim ayah kepada Tina. 
"Aiman tak tahu Pak Kassim, Ibu tiba-tiba sahaja rebah dan tidak sedarkan diri. Aiman buntu tak tahu nak berbuat apa"

Lalu Pak kassim memeriksa nadi Salmah dan berkata " Aiman? Ibu kamu sudah tiada di dunia ini. Ibu kamu sudah kembali ke Rahmatullah. 
"Apa yang Pak Kassim cakap ni!!! Ibu masih hidup, Ibu dah janji nak beraya dengan kami pagi ni. Mak dah masak untuk kami. Pak Kassim jangan nak mereka cerita"
" Aiman? ibu kami benar- benar meningal dunia nak. Kamu harus terima semua ini. Pak kassim tak bohong dan Pak Kassim bercakap yang benar ni: Sabar la Aiman"

Aiman tersandar ke dinding dan terus menangis dengan esaknya.
"Sabar la Aiman. ini semua ujian tuhan kepada kamu berdua.  Pak Kassim sekeluarga tidak tahu untuk berbuat apa. Nanti Pak Kassim pangilkan orang surau untuk uruskan jenazah Ibu kamu ini ya. "

Muni tiba-tiba menyampuk " Pak Kassim tipu!!! Ibu masih hidup. Ibu akan tetap mejaga kami sampai kami berjaya. Ibu Murni tidak pernah akan mati. Ibu akan tetap menjaga dan membesarkan kami. Pak Kassim jangan nak cuba takut-takutkan kami!!! "

"Murni?? setiap manusia yang hidup tu akan pergi jua akhirnya. Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan yang nyata. Banyak lagi dugaan dan cubaan yang akan kita hadapi. Ini salah satu dugaan tuhan kepada kau Murni. Ibu kau meninggal pada pagi raya. Benda ini akan tetap kau ingat sampai bila-bila. sabar la ye" . Sampuk tinah.

Aiman dan Murni baru sedar yang mereka perlu menerima hakikat yang Ibunya sudah meningal dunia.

" Tinah?? pangilkan orang surau dan kampung dengan segera. Kita uruskan jenazah Mak Salmah kau ini"
"Baik ayah" jawab Tinah

Lama juga Pak Kassim megambil masa untuk menenangkan Aiman atas kehilangan Ibunya. Anak muda ini sukar untuk menerima hakikat yang terjadi. kuatnya rindu dan kasih sayang anak beranak ini yang membuatkan mereka saling memahami dan syang antara satu sama lain. Sejurus selepas itu, Takbir raye bergema dengan disertakan upacara pengebumian jenazah Salmah. 

Kini, Aiman dan Murni menjadi anak angkat kepada Pak Kassim dan Mak Siti. Mereka hidup dalam keluarga yang baru. Rumah peninggalan Kini kosong dan tidak berpenghuni lagi. Aiman tidak membenarkan sama skali untuk sesiapa merobohkan rumah tersebut. Kerana itu satu satu nya kenangannya bersama Arwah ayahnya. Pak Mail.


0 comments:

About Me

My Photo
waNAdep
say: hello everyone...lets enjoy to visit my blog... hehhe...have a nice days u alls...heeee...
View my complete profile

Musik Itu Indah

TuaN Umh nie HA..!!!

TuaN Umh nie HA..!!!

kengKawan

Powered by Blogger.