Wednesday 2 March 2011

postheadericon my mom



Tidak mengerti kehidupan yang nyata. Sedangkan orang lain boleh memahami tulisan. Tapi dia tidak memiliki kemahiran itu. Sedang dia meniti usianya, dia hanya mampu memberikan kebaikan kepada orang. Tanpa memikirkan tentang dirinya dan apa yang akan terjadi selepas itu, memiliki tapi tidak dapat memenuhi kehendak suami. Dia cuba memberikan yang terbaik. Walaupun terima pelbagai amukan dan leteran. Bahawasanya dia tahu adat berumah tangga. Hidup hanya bertemankan keluarga dan komunikasi yang ada. Alhamdulillah dia ditemani oleh televisyen di waktu sepinya. Harinya berlalu seakan hari yang sudah. Melakukan aktiviti yang sama. Pergi dan pulang dari kerja hanya menaiki basikal kesayanganya. Menjadi kuli orang, mencuci, mengilap kekotoran. Hanya niat mencari rezeki yang halal. Dia tidak pernah putus asa dalam mencari rezeki walaupun dia tahu yang dia tidak berpendidikan tinggi. Rasa kasih sayangnya terhadap suami tersayang sehingga sangup memberikan peluang brkahwin lagi. Merahsiakan  pernikahan dan masa-masa bersama dari ketiga anak lelakinya. Hanya untuk menjaga hati dan aku tahu ada sebabnya yang tersendiri. Sedih aku melihat orang yang brgelar ibu sedemikian rupa. Melakukan apa sahaja demi melihat kebahagiaan orang lain. Aku boleh terima hakikat, tidak boleh kuulang masa yang sudah berlalu. Aku bukan tuhan, aku hanya hamba-Nya yang Zalim. Bersyukur mmiliki seorang wanita yang sangat cantik bagiku..yang sangat dan terlalu sempurna dan berjaya melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang mistsali yang mngikut peraturan dan nasihat suami. Demi tuhan, atas nama Allah S.W.T , segala apapun yang akan terjadi aku tetap akan terus menjaga ibuku. walaupon harus ku gadaikan diriku ini demi membahagiakan ibuku. Aku kenal persis ibuku. aku tahu perasaan dia bagaimana. Riak dan airmatanya sudah terluah makna-makna yang aku fahami. Ibuku kini keseorangan. Tidak lagi dibelai setiap masa. Tidak juga diberi perhatian yang sepenuhnya. Kerana itu sudah dibahagikan kepada dua. Dan ibuku kini hanya mengharap pengertiaan dari anak-anaknya. Dan terutama aku anak yang bongsu. Ya Allah. Andai aku sentiasa berada di sisi ibuku. Akan kujaga dan ku sayang setiap masa. Bagaimana aku ingin teruskan pelajaran dan kehidupanku dengan keadaan yang sebegini???. Memikirkan nasib keluarga dan seorang kaum hawa yang lemah. Yang hanya hidopnya bergantung pada keluarga semata-mata??. Aku harap ibuku tabah menjalani kehidupan ini. ‘Ya Allah..dia hambamu yang lemah. Yang hanya mengikut cara dan kebaikan yang telah kau perintahkan kepada hamba hambamu.. kau lindungilah dia. Kau tabahkanlah hatinya dalam menjalani kehidupannya. Kau jangan lah bagi dia trlalu sedih dan menyebabkan kesihatanya terjejas. Aku memohon kepada-Mu Ya Allah. Berilah  rahmat kepada keluargaku…..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..’

0 comments:

About Me

My Photo
waNAdep
say: hello everyone...lets enjoy to visit my blog... hehhe...have a nice days u alls...heeee...
View my complete profile

Musik Itu Indah

TuaN Umh nie HA..!!!

TuaN Umh nie HA..!!!

kengKawan

Powered by Blogger.